dikendalikan oleh TM
MCMC
PI1M
Linggi, Negeri Sembilan
  • Utama
    • Mengenai Pi1M
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim Pi1M
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Karnival Gaya Hidup Digital – PI1M Zone Event (Wilayah Tengah)

20 Disember 2015 | Aktiviti Terkini
Pada hari Sabtu, 19 Disember 2015 yang lalu, bertempat di Eco-Venture Park Semenyih, buat julung kalinya, kesemua PI1M Maxis yang berada di Zon Wilayah Tengah (Central) telah bergabung untuk mengadakan satu acara yang diberi nama 'Karnival Gaya Hidup Digital'.

Matlamat acara ini dianjurkan adalah untuk mendidik komuniti menjadi warga digital yang celik IT dan beretika melalui program- program dan aktiviti-aktiviti yang telah disusun pada hari tersebut, selain itu ianya juga dapat memperkenalkan PI1M kepada masyarakat dan secara tidak lansung menarik minat lebih ramai orang untuk datang ke PI1M.

Karnival Gaya hidup Digital ini turut menerima penglibatan dari agensi-agensi luar yang sudi memeriahkan acara dengan membuka booth-booth mereka antaranya ialah, MCMC (E-waste), Hotlink, Maxis E-kelas, YAPEIM (Ar-Rahnu), Perpustakaan Awam Semenyih, SARMUS, Eco-Venture Park serta Pasukan penyelamat & kebakaran (BOMBA) Semenyih.

Pengunjung berpeluang untuk memenangi Hadiah Cabuan Bertuah sekiranya mereka mendaftar di Kaunter Pendaftaran, di kaunter ini juga turut memberi perkhidmatan Kemaskini BR1M, Pendaftaran Tuisyen, dan Tawaran Terhad Pendaftaran Ahli PI1M secara percuma. Selain daripada itu kami, PI1M Maxis Wilayah Tengah yang terdiri daripada enam buah PI1M iaitu PI1M Semenyih (Selangor), PI1M Linggi (Negeri Sembilan), PI1M Putrajaya Presint 9 Fasa 10, Presint 9 Fasa 3, Presint 16 & Presint 18, turut membuka booth-both aktiviti seperti Booth Klik Dengan Bijak, INTEL & Keusahawanan. Pelbagai pertandingan turut diadakan dan menawarkan pelbagai jenis hadiah yang menarik. Antaranya , Pertandingan Sahiba, Pertandingan video, Pertandingan mencipta flyers, Pertandingan teka silang kata KDB, Pertunjukkan robotic dan macam-macam lagi.

Acara yang telah menarik hati seramai lebih kurang 250 orang pengunjung ini, bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang, kami merasa sangat terharu dengan sokongan penduduk sekitar Semenyih yang sudi menunggu sehingga ke penghujung acara. Ternyata mereka amat menghargai akan kewujudan PI1M dan memberi sokongan penuh pada aktiviti-aktiviti yang khususnya PI1M Semenyih anjurkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2016 Semua Hakcipta Terpelihara.