Bengkel Video
20 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini
Jumaat, 19 Ogos 2016 – Satu bengkel video telah diadakan oleh Pengurus dan Penolong Pengurus PI1M Linggi bertujuan untuk mengajar peserta yang juga Pengurus dari PI1M Lukut dan PI1M Kg. Paya bagi menyiapkan video Menarik Di PD sempena projek PI1M Kluster.
Bengkel outdoor telah diadakan di Pantai Cahaya Negeri di Port Dickson. Antara yang diajar ialah Camera Handling, Cinematography, Audio Recording dan Softskills- Teknik Pengacaraan. Latihan Pengambaran bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 6.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: