Taklimat Penggunaan Sosial Secara Berhemah di SK Undang Rembau

3 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

2 Oktober 2018 – PI Linggi telah berkerjasama denga dua lagi Pusat Internet iaitu PI Kota Pekan Rembau dan PI Batang Melaka dalam mengadakan Taklimat Penggunaan Sosial Secara Berhemah di Sekolah Kebangsaan Undang Rembau. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran lebih awal kepada golongan kanak-kanak tentang ancaman-ancaman bahaya di alam siber.

Seramai 196 orang pelajar darjah 4, 5 & 6 dan beberapa orang guru pengiring telah hadir untuk mendengar taklimat ini. Antara topik yang disentuh ialah, Pengenalan tentang media sosial & etika yang perlu diamalkan, Tidak Pasti Jangan Kongsi dan Keselamatan Siber.
Setiap satu topik itu diselang selikan dengan beberapa permainan yang berkaitan dan mempunyai pengajaran seperti Kotak Beracun, Telefon Rosak dan Boleh atau Tidak.

Selain daripada sesi taklimat dan permainan ini, wakil-wakil PI juga turut mempromosikan aktiviti-aktiviti yang terdapat di PI seperti Malaysian ICT Volunteer (MIV), Kelas ICT, Keusahawanan dan Program Advokasi.

Program yang bermula pada jam 9.00 disudahi dengan sesi bergambar, penyampaian cenderahati dan jamuan ringan. Sesi tamat pada jam 11.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali