Kelas Photoshop dan Klik Dengan Bijak

8 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

7 Oktober 2018 – Kelas Photoshop telah diadakan sekali lagi di PI Linggi memandangkan sambutan yang baik daripada pelajar yang ingin belajar lebih lanjut lagi tentang perisian ini.

Memandangkan kebanyakan peserta yang datang adalah peserta yang sama, maka mereka diajar lanjutan tentang cara menyunting gambar dengan menggunakan pelbagai tools yang tersedia dalam aplikasi.

Kelas diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Linggi bermula jam 10 hingga jam 1 tengahari. Peserta yang hadir adalah seramai 6 orang.

Selain dari Photoshop, peserta juga diberikan taklimat Klik Dengan Bijak dengan topik ‘Selidik Dahulu Sebelum Kongsi’.  Peserta ditunjukkan dengan beberapa contoh video yang pernah tular di laman sosial dan kemudiannya di dapati berita yang terkandung di dalam video itu adalah palsu. Bagi mengelakkan dari terbabit dalam menyebarkan maklumat yang palsu, pelajar dinasihati untuk menyemak dulu dan tidak terlalu ghairah untuk berkongsi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali