Kelas Kecantikan & Keusahawanan Bersama Mary Kay

07 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

6 Mei 2018 – Pusat Internet 1 Malaysia Linggi telah bekerjasama dengan Majlis Belia Port Dickson (Biro Wanita) mengadakan satu kelas untuk golongan wanita iaitu Kelas Kecantikan & Keusahawanan bersama Mary Kay. Seramai 11 orang peserta telah hadir pada kelas ini yang diadakan di PI Linggi sendiri bermula dari jam 2.00 hingga 5.00 petang.

Jurukecantikan dari Mary Kay iaitu Puan Reen telah dijemput untuk mengajar peserta tentang Teknik-Teknik Penjagaan Kulit Wajah, Teknik Solekan Asas dan Tips Keusahawanan dalam menjadikan produk Mary Kay sebagai kerjaya dan sumber pendapatan samada sebagai jurusolek ataupun jurukecantikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali