Kaunter Semakan Daftar Pemilih (SPR)

30 April 2018 | Aktiviti Terkini

29 April 2018 – Sempena PRU14 yang bakal tiba pada 9 Mei ini, PI1M Linggi telah pun membuka kaunter khas bagi menyemak Daftar Pemilih secara online di laman web https://pengundi.spr.gov.my/. Ini adalah untuk memudahkan penduduk di Linggi membuat semakan mengenai lokasi dan saluran mengundi mereka serta mengetahui calon-calon yang bertanding di kawasan tersebut.

Kaunter khas ini dibuka betul-betul di hadapan pintu masuk PI1M supaya mudah menarik perhatian penduduk yang lalu lalang menuju ke pekan Linggi ini terutamanya yang berhampiran dengan PI1M seperti kedai runcit, restoran dan klinik. Kaunter yang dibuka dari 10 pagi hingga 2 petang ini menerima sambutan yang amat menggalakkan terutamanya dari warga emas tidak kira Melayu, Cina ataupun India.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali