Kelas Learn English Have Fun (Fruits & Veges)

12 November 2018 | Aktiviti Terkini

11November 2018 – Sabtu minggu ini, Pusat Internet Linggi telah mengadakan Kelas Learn English Have Fun sekali lagi, tetapi dengan topik yang berbeza. Jika minggu lepas peserta belajar mengenai topik Parts of Body, minggu ini mereka diajar mengenai topik lain pula iaitu Fruits & Vegetables.

Kelas dimulakan dengan setiap pelajar diberikan kertas soalan yang mengandungi gambar sayur-sayuran dan buah-buahan. Mereka dikehendaki mencari dan menulis nama buah dan sayur tersebut di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan menggunakan internet dan Google Translate.

Seterusnya, mereka diajar secara eLearning bagi mengenal sayur-sayuran dan buah-buahan ini melalui laman web learninggamesforkids.com dan freddiesville.com.

Kelas yang bermula jam 10 pagi ini bersurai pada jam 1 tengahari dan kehadiran adalah seramai 13 orang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali